Ulang Tahun ke-14 St. John of the Cross
(Click for more photos)
Ulang Tahun ke-14 St. John of the Cross, Taman Hillview telah diraikan dengan penuh kesyukuran melalui perayaan Misa Kudus yang dipimpin oleh Rev Fr. Felix Au. Perayaan ini turut bertepatan dengan Minggu Advent Ketiga, yang membawa tema Joy (Sukacita), sebagai peringatan kepada umat agar sentiasa bersedia menyambut kehadiran Tuhan Yesus dalam hidup kita.
Dalam perayaan yang sama, turut diadakan pelantikan pengerusi baharu, En Lucas Rebu bagi penggal 2026/2028. Fr. Felix mengusulkan agar lebih ramai pemimpin tampil memberi pelayanan dalam komuniti gereja. Golongan belia juga digalakkan untuk menyahut panggilan sebagai paderi, religious, manakala para elder diharapkan terus memberi sokongan, bimbingan dan dorongan.
Selain itu, seramai 45 keluarga telah bernaung di St. John of the Cross, Taman Hillview sejak ia ditubuhkan pada tahun 2011.