Sacred Heart Church Kota Sentosa

 

Seminar “Penyelamat yang Ditunggukan”

(Click for more photo)

 
11-15 FEBRUARI 2025 | Seminar yang bertajuk “Penyelamat yang Ditunggukan” sedang berlangsung di Gereja Sacred Heart, Kota Sentosa, Kuching. Seminar ini, iaitu seminar ketiga dari siri katekesis Allah Menebus Dunia Kita (AMDK), adalah anjuran bersama dua paroki, iaitu Paroki St Ann dan Paroki Sacred Heart.
.
Seminar ini bermula dengan pemahaman tentang bagaimana sejarah tamadun-tamadun dunia kita sebenarnya berkesinambungan dengan pembuangan umat Israel seperti yang terkandung dalam Alkitab. Ia juga menjelaskan peranan para nabi yang diutus oleh Allah bagi membawa pesanan-pesanan tertentu kepada bangsa Israel; apakah pesanan-pesanan tersebut?
.
Bagaimanakah kedatangan Yesus merupakan satu-satunya jawapan kepada harapan Mesianik bangsa Israel? Bagaimanakah mereka mendapati bahawa pelayanan-Nya tidak sesuai dengan kehendak mereka lalu akhirnya menolak Dia? Bagaimanakah kesengsaraan, kewafatan, dan Kebangkitan-Nya memenuhi apa yang diperlukan oleh bangsa Israel daripada Mesias mereka? Bagaimanakah kita dapat pasti bahawa Yesus benar-benar bangkit dari kewafatan-Nya?