Tarikh: 3 Ogos 2025 Tempat: Immaculate Heart Centre, Sacred Heart Church Kota Sentosa
“Ketika kudapati firman-Mu, aku menikmatinya. Firman-Mu ialah kegirangan bagiku dan kesukaan hatiku, kerana nama-Mu telah diserukan atasku, ya TUHAN, Allah alam semesta.” — Yeremia 15:16 (AVB)
Seramai 150 pelajar dari Sekolah Hari Minggu Sam Hap Hin, Kampung Sungai Empit, Kampung Semeba, Kampung Bumbok, Kampung Tematu dan Kampung Sudat telah mengambil bahagian dalam program ini yang bertujuan memupuk cinta akan Firman Tuhan dalam hati anak-anak Gereja.