AVSEC : Kerja Amal
(Click for more photos)
Seramai 30 anggota, diketuai oleh saudara Mackerwin Edward & saudara Mohd Saberi dari Unit Keselamatan Malaysia Airport (AVSEC), yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, telah menjalankan kerja amal di Gereja Sacred Heart, Kota Sentosa.
Mereka telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di dalam dan di luar bangunan gereja.
Diharapkan usaha murni ini dapat menjadi pemangkin kepada toleransi antara agama serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.
+++++++++++++++++++++++++++++++++
A total of 30 members led by Mackerwin Edward & Mohd Saberi from the Aviation Security Unit (AVSEC), comprising individuals of various races and religions, carried out a charitable service project at Sacred Heart Church, Kota Sentosa.
They undertook cleaning work both inside and outside the church building.
It is our hope that this noble effort will serve as a catalyst for interfaith tolerance and further strengthen the bonds of unity among our diverse communities.